Sunday, May 30, 2010

Kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung di Afrika Selatan pastinya suatu satu sukan yang cukup berprestij.

Bukan hanya atas nama sukan bola sepak semata, tetapi juga kejohanan Piala Dunia mampu menghimpunkan, mampu menyatukan dan mampu merapatkan ikatan silaturahim antara satu sama lain walaupun berlainan ideologi, fahaman politik, pasukan yang diminati untuk bertarung dan menyokong dengan semangat kesukanan…..

world-cup-2010-stadium-locations

Antara ragam dan gelagat yang biasa berlaku bila tibanya kejohanan Piala Dunia antaranya ialah :

1. Golongan doktor akan menjadi “talian hayat” yang paling popular dikalangan peminat tegar bola sepak Piala Dunia 2010 untuk minta cuti sakit. Bukan seperti Piala Dunia 2002, jadual perlawanan Piala Dunia 2010 untuk waktu Malaysia menunjukkan banyak juga perlawanan yang berlangsung awal pagi

2. Waktu inilah Mapley/Mamak akan senyum meleret sambil bersandar di kerusi malas melihatkan ramai peminat bola sepak Piala Dunia 2010 nanti berkunjung ke kedainya

3. Perang layar bagi menarik perhatian pengunjung akan semakin menjadi-jadi di kedai-kedai makan dan warung

4. Jangan marahlah, anda akan mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Lebih-lebih lagi malam itu pula berlakunya pesta gol.

5. Budak asrama sedaya upaya akan “seludup” masuk ke dewan selera atau dewan makan pada awal pagi atau prep malam untuk tidak melepaskan peluang menonton Piala Dunia 2010

6. Yang ini pihak berkuasa tolong tengok-tengokkan. Semestinya ramai yang akan bertaruh!!! Tetapi ada jugabertaruh yang “dihalalkan”, asalkan dapat lesen. Ehem…..

7. Kebanyakan peminat tegar perlawanan Piala Dunia 2010 akan nampak mata sembab, badan lemah, dalam meeting memanjang “setuju” sahaja, suka lepak di surau di siang hari untuk “menyimpan tenaga”. Tetapi…………tapi bila tiba malam hari mereka-mereka inilah “juara” dan “jaguh” semasa menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia 2010.

8. Ha…..masa inilah kebanyakan peminat tegar akan menjadi individu yang cukup berdisiplin. Pukul 10 malam, pukul 7.30 malam dan pukul 2.30 pagi, tak payah disuruh, mereka-mereka ini sudah tahu “tugas-tugas” masing-masing untuk menyokong pasukan yang diminati.

9. Masa ni laa jugak tima nak beli TV baru yang besar...

10. Ada nak tambah?

Dalam meramalkan pasukan bola sepak mana yang akan menjulang Piala Dunia 2010, ramai juga penyokong dan memilih pasukan Sepanyol. Diikuti England, Brazil, Argentina dan Perancis.

fifa-world-cup-2010-draw

Di sini, saya kongsikan jadual perlawanan Piala Dunia 2010 bagi waktu Malaysia sekurang-kurangnya merangka “strategi” dan mencari kesesuaian masa untuk korang menonton siaran langsung Piala Dunia 2010 nanti:

No comments: